Posts

Showing posts from November, 2025

MAJLIS PERTUNANGAN

Image
 Antara Akmal & Ayunie, berlangsung di daerah Batu Pahat..Dari Alor Gajah saya bertolak mengambil masa 1 jam 45 minit untuk sampai ke lokasi peetunangan berlangsung. Oleh kerana saya baru lepas shoot photo di majlis perkahwinan india (Paviteran & Ama) agak kepenatan sedikit dalam acara berlansungnya ikatan Akmal & Ayunie ni. Mungkin kamera saya juga sudah sampai waktu jangka hayatnya yah..sedang shoot ketibaan Akmal dan keluarga secara tiba2 kamera saya stop tak boleh shoot…haa, jangka hayat shuttercount kamera saya telah habissss… Hanya tinggal 1 lagi kamera yang berfungsi (a7iii) agak susah sikit saya terpaksa tukar2 lens dengan 1 body kamera sahaja. Ok well..kena cari kamera lagi lepas ni yah. Fuhh…. Apapun majlis berjalan lancar seperti yang diharapkan. Saya kongsikan beberapa foto yang telah saya edit dari RAW ke Jpeg..  untuk tempahan majlis pertunangan atau perkahwinan boleh terus whatsapp saya : https://wa.me/60196502783

NABIL & NATASYA

Image
Assalammualaikum pals. Baru sempat nak update blog ni ya, agak sibuk dengan 2 jenis perkerjaan berlaku dalam 1 waktu yah, tambah lagi urusan rumah juga kena seiring perjalanan disamping tugas2 sebagai jurugambar populer dulu kini dan esok lusa… Yaa..macam tulah harian berjalan..okey update hari ini tentang Nabil (pengantin) so, Nabil ni saya kenal hampir 5 tahun lalu di majlis kawannya yang menamatkan zaman bujangnya, nak dijadikan cerita sesampainya saya di masjid (tempat nikah) si Nabil ni bila terpandang saya terus terpacul dari bibirnya yang merah (tak merokok) “eh lawanya photograoher ni”, adui! Tersenyum saya disebalik mask yang saya pakai (waktu PKP rambut pun panjang masa tu) and so on berjalannya waktu kini Nabil pulak menamatkan zaman bujangnya..lahaiii saya di MESTI kan datang untuk meraikan dan ambil gambar untuk di abadikan dalam photobook perkahwinan Nabil & pasangan pilihan hatinya si Natasya… Pendek cerita saya baru memulakan editing album si Nabil ni and sikit mock...